Kesan langsung budaya "Challenge" dalam media sosial

Budaya "Challenge" dalam media sosial kini semakin tular dan antara perkara serius yang tidak harus dipandang sebelah mata. Di india misalnya, "Momo Challenge" dipercayai telah meragut nyawa seorang remaja berusia 18 tahun, Manish Sarki pada 20 Ogos lalu manakala Aditi Goyal, 26, pula dilaporkan maut sehari selepas itu.