Tutup

Khalifah Umar pun isytihar harta! - Anwar Ibrahim

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan idea pengisytiharan harta secara umum merupakan teori komunis dan sosialis. Tegasnya, sebagai sebuah parti yang lantang menyuarakan ketelusan dan anti rasuah, Pas sepatutnya menyokong usaha kerajaan dan tindakan mengisytihar harta tersebut bukanlah untuk berbangga semata-mata.