Tutup

Khazanah rancang penjualan aset, sasar kurangkan hutang

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata Khazanah Nasional Bhd (KHAZANAH) dalam proses mengenal pasti aset untuk dijual kerana dana pelaburan negara menyasar untuk mengurangkan nilai tanggungan hutang antara RM35 bilion hingga RM40 bilion dengan secepat mungkin. Azmin yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah berkata, nilai tanggungan hutang dikurangkan daripada RM55 bilion kepada RM47 bilion setakat ini menerusi penjualan aset.