Tutup

Kilang salah guna logo halal diserbu

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyerbu sebuah kilang pembuatan makanan ringan di kawasan perindustrian Pengkalan Lahat, Ipoh pada Rabu kerana menggunakan sijil halal tidak sah. Semakan mendapati, alamat premis digunakan dua syarikat dan kedua-duanya menggunakan logo halal pada setiap makanan ringan keluaran mereka.