KKM tubuh pasukan bertindak kaji cadangan wajib vaksin

Kementerian Kesihatan telah menggerakkan satu pasukan bertindak khas bagi mengkaji cadangan dan desakan mewajibkan suntikan vaksin di negara ini. Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pasukan yang diketuai bahagian kawalan penyakit dan bahagian pembangunan kesihatan keluarga kementerian itu turut disertai beberapa agensi berkaitan yang lebih komprehensif.