Komuniti AWANI: 'Community Tourism' Pulau Buta tingkat ekonomi penduduk setempat

#KomunitiAWANI 30 April 2019 menampilkan selebriti, Loque sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Dimulakan tentang seorang pemuda yang tinggalkan perniagaan baju terpakainya demi membuka sebuah pusat pengumpulan barang sedekah demi saham akhiratnya. Kemudian kita dengar tentang pisang goreng panas yang digoreng menggunakan dapur kayu dan digemari penduduk Hulu Terengganu. Jangan terlepas dengan berita tentang Pulau Buta yang bukanlah pulau yang didiami oleh orang buta tetapi jangan terpedaya dengan Namanya kerana pulau yang terletak di pantai timur Sabah ini muncul sebagai salah satu tarikan eko dan agro pelancongan terbaharu. Diakhiri tentang seorang usahawan yang buka peluang kepada 40 peniaga kecil yang lain untuk pasarkan produk di kedai miliknya iaitu 'Kamkah Bakery'.