Komuniti AWANI: Sekolah luar bandar buktikan mereka luar biasa

#KomunitiAWANI 5 Julai 2019 menampilkan penyanyi, Sufian Suhaimi sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita menarik komuniti anda bermula dengan kisah pemulihan bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah di Kampung Datuk Keramat yang dilanda tragedi kebakaran dua tahun lalu. Selepas itu, kita lihat kehebatan sekolah luar bandar yang terletak di Pulau Bruit yang muncul johan keseluruhan Pertandingan Inovasi, Competition, Presentation, Exhibition (COMPEX) 2019 peringkat kebangsaan. Kemudian, kita juga lihat bantuan yang diberikan buat golongan asnaf di Johor Bahru bagi memudahkan akses kesihatan mereka. Kita juga akan lihat sejarah asal usul menarik nama tempat Telaga Papan mendapat Namanya yang dilaporkan oleh Skuad Awani Jr. Sekolah Kebangsaan Telaga Papan.