Tutup

#KomunitiAWANI: Inisiatif murni gerai daging bakar berniaga sambil berdakwah

#KomunitiAWANI 25 Julai 2019 menampilkan selebriti, Izzue Islam sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan cerita mengenai pengorbanan bertugas sebagai bomba yang bukan sahaja memadam api, tetapi juga bertanggungjawab sebagai pasukan penyelamat. Kemudian, kita akan lihat seorang peniaga gerai daging bakar yang hanya perlu bayar daging sahaja manakala nasi dan air adalah percuma, sebahagian daripada langkahnya untuk berniaga sambil berdakwah. Selepas itu, kita lihat Masjid At Taqwa, Bertam Indah, Kepala Batas yang pelbagaikan peranannya kepada komuniti setempat dengan membuka sebuah pusat dialisis sendiri. Kita juga akan lihat macam mana rasa Mi Goreng Ikan laporan daripada Skuad Awani Jr. dari Kuala Kemaman.