#KomunitiAWANI: 'Klinik Bola Sepak' cungkil bakat muda luar bandar

#KomunitiAWANI 6 Mei 2019 menampilkan selebriti, Syafiq Kyle sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Berita komuniti anda bermula dengan seni permainan tradisional Wau yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa diwakili oleh Persatuan Wau Kedah (PWK). Kemudian, SJKT Sungai Ara pula mengambil peluang untuk memelihara alam sekitar dengan menjadikan sekolah mereka sekolah hijau melalui memperkenalkan Program Eco Green School. Kita dalami tentang proses pendidikan secara virtual yang dibuktikan oleh negeri Terengganu bagi memudahkan perkongsian bahan pembelajaran antara guru dengan murid-murid. Berita komuniti diakhiri dengan program Klinik Bola Sepak yang berlangsung di SMK Lambor Kiri, Perak yang dihadiri oleh Ketua Jurulatih Bola Sepak Kebangsaan, Tan Cheng Hoe.