Tutup

#KomunitiAWANI: Nasi lemak Kopi O, buka peluang tingkatkan kemahiran keusahawan

#KomunitiAWANI 16 Ogos 2019 menampilkan penyanyi, Naim Daniel sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Kita akan saksikan cerita-cerita menarik seperti masjid yang ambil inisiatif untuk hijaukan kawasannya dengan menanam pokok cili . Kemudian, kita akan lihat program kesedaran keselamatam yang dianjurkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melalui Program Abang ke Sekolah. Selepas itu, kita lihat pula cerita kecekalan seorang yang tidak sempurna tetapi tetap kerja keras untuk capai cita-citanya. Kita juga akan saksikan program Nasi Lemak Kopi O yang memberi bantuan kepada orang ramai dalam keusahawanan.