KPM tiada kuasa tentukan gaji permulaan siswazah - Dr Maszlee

Kementerian Pendidikan tidak mempunyai kuasa dalam menentukan gaji permulaan siswazah. Sebaliknya hanya menyediakan pendidikan yang mampu melahirkan graduan berilmu serta kompetitif bagi pasaran kerja. Menterinya Dr Maszlee Malik berkata isu gaji permulaan siswazah dilaporkan menurun baru-baru ini, perlu diteliti oleh industri yang menyediakan peluang pekerjaan.