Krisis Tun M, TMJ: Ia bukan isu peribadi - Anwar

Tiada isu peribadi lantaran krisis antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Menurut Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan Perdana Menteri semata-mata bertujuan untuk memastikan bahawa semangat Perlembagaan Persekutuan dipelihara.