Kurangkan kontrak kepada syarikat swasta

Kerajaan mungkin tidak perlu mengurangkan jumlah kakitangan awam tetapi perlu mengurangkan kos penggunaan sumber luar seperti pelantikan kontraktor bagi menjayakan program kementerian. Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong, kos membabitkan kontraktor jauh lebih membebankan sedangkan sebahagian fungsi mereka boleh dilakukan sendiri oleh kakitangan kementerian atau jabatan.