Ladang ayam, kilang proses najis ayam diarah tutup

Sebuah ladang ayam dan sebuah kilang proses najis ayam telah diarahkan tutup kerana menyebabkan pencemaran ammonia di Sungai Johor. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata siasatan awal turut mendapati ia bukan kali pertama kilang berkenaan terlibat dalam kejadian pencemaran di sungai tersebut.