Lagi Orang Asli di Terengganu dimasukkan ke hospital

Bilangan masyarakat Orang Asli yang dikhuatiri mempunyai tanda-tanda jangkitan pada saluran pernafasan kini berjumlah sembilan orang. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohd Jusoh memaklumkan angka itu bertambah apabila seorang lelaki yang berasal dari Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu itu mula ditahan pada jam 8.57 malam Jumaat.