Lapan pegawai penjara direman SPRM

Lapan pegawai penjara direman selama enam hari sehingga 11 mac ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang berhubung kes menerima rasuah dianggarkan bernilai lebih RM120,000 ringgit. Turut direman seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pemandu kereta sapu yang didakwa bertindak sebagai orang tengah dalam kes terbabit.