Lebih 10 jam dari Kuala Lumpur ke Gua Musang

Lebih 10 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gua Musang. Ini kebiasaan yang perlu ditempuh bagi warga Kelantan yang pulang berhari raya. Walaupun sudah merancang perjalanan namun, jumlah kenderaan yang meningkat mendadak memperlahankan pergerakan kenderaan.