Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke sungai

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke dalam sungai di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dungun. Dalam kejadian kira - kira jam 5.00 petang Rabu mangsa yang dikenali sebagai Khairul dikatakan terjun selepas terkejut dengan kehadiran anggota polis.