Lelaki Indonesia rentung, bot mewah terbakar di Bukit Malut

Seorang lelaki warga Indonesia ditemui rentung di bawah sisa sisa kebakaran sebuah bot mewah dua tingkat di Bukit Malut, Langkawi, lewat petang Khamis. Mayat berusia 29 tahun itu dijumpai apabila mangsa dilaporkan hilang sejak Rabu dalam kejadian kebakaran bot mewah itu.