Tutup

Lelaki lemas ketika cuba selamatkan anak saudara

Seorang lelaki ditemui lemas ketika cuba menyelamatkan anak saudaranya yang dihanyutkan ombak dalam kejadian di pantai Kalambu, daerah ini, petang Ahad. Dalam kejadian itu, mangsa, Abd Salleh Hamza, 47 tahun, ditemui pihak bomba yang menjalankan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di pantai berkenaan.