Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Lima rakyat Malaysia sekeluarga kemalangan di Mesir

Kementerian Luar Negeri mengesahkan lima orang warganegara Malaysia sekeluarga terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya di Mesir. Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata kemalangan berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari Hurghada ke Kaherah pada Sabtu, 28 Disember 2019 jam 11 pagi waktu tempatan.