Tutup

Lokasi penutup Festival Toyota Gazoo Racing Malaysia di litar Sepang

Pusingan akhir Toyota Gazoo Racing Malaysia (TGR) 2019 musim kedua bakal melabuhkan tirai di Litar Antarabangsa Sepang bermula hari ini, dengan acara paling mendapat perhatian pastinya perlumbaan Vios Challenge. Menurut Pengarah Pemasaran, UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Mohd Shamsor Mohd Zain, orang ramai masih berpeluang untuk memeriahkan festival tahunan ini, esok dengan kemasukan adalah percuma.