Lokman Adam antara empat didakwa serang penuntut UM

Datuk Lokman Noor Adam dan tiga lagi individu didakwa di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur berhubung insiden membabitkan beberapa penuntut Universiti Malaya (UM) yang dikasari di perhentian bas di Pantai Baharu, minggu lepas. Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Umzarul An-Nur Umar.