Tutup

Mahkamah khas bantu selesaikan segera kes

Penubuhan mahkamah khas bagi menangani kesalahan di bawah Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak dapat membantu menyelesaikan kes melibatkan kanak-kanak dalam jangka masa pendek. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ia bukti komitmen kerajaan dalam melindungi kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.