Malaysia tidak akan bida kejohanan libatkan atlet Israel

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman menegaskan Malaysia akan membatalkan hasrat membida kejohanan berskala besar termasuk Sukan Olimpik atau Piala Dunia selagi membabitkan atlet atau pegawai Israel.