Tutup

Mangsa tetak OCPD Besut akan mula tugas di Kelantan

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi yang menjadi mangsa tetak seorang penganggur akan memulakan tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan. Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail memaklumkan Mohd Zamri akan memulakan tugas sebagai Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pada 16 Oktober ini.