Tutup

Mansuh hukuman Mati: Tiada referendum dibuat - Vui Keong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong mendedahkan tiada sebarang pungutan suara atau referendum diadakan bagi membuat keputusan pelaksanaan menghapuskan hukuman mati di negara ini. Katanya, kerajaan tidak akan berbuat demikian dan keputusan pelaksanaan itu belum dimuktamadkan kerana masih dalam proses tertentu.