Masjid Al-Ghazali, ingatan buat Ariza sekeluarga

Ariza Ghalazee dan keluarga rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas tembakan pesawat Malaysia Airlines pada 17 Julai 2014 di Timur Ukraine terus dalam kenangan. Sudah pasti peristiwa ini beri kesan mendalam kepada keluarga Ariza. Sebagai ingatan, keluarga setuju bina sebuah masjid hasil daripada wang pampasan yang diterima dan masjid itu kini siap dibina. Masjid Al Ghazali namanya dan dibuka kepada orang ramai bermula hari ini.