Maut selepas ditetak di hadapan pusat hiburan

Seorang lelaki maut akibat ditetak dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan di hadapan sebuah pub di Bandar Baru Medan Ipoh, pagi tadi. Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu, dipercayai diserang empat lelaki bersenjatakan parang.