Mayat pemancing yang lemas berjaya ditemui

Mayat pemancing yang hilang ketika cuba menyelamatkan lima mangsa pikap terjunam ke dalam muara sungai Terengganu berjaya ditemui. Mayat Abdul Bari Asyraf Mohd, 31 tahun dijumpai kira-kira pukul 7.24 pagi Ahad pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh.