Tutup

Mayat warga Bangladesh dikerat ditemui di rumah sewa

Seorang pekerja buruh binaan warga Bangladesh ditemui mati di rumah sewanya di Kampung Lebai Man Sungai Petani Kedah dengan mayatnya dikerat sebelum dimasukkan ke dalam tiga karung guni. Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff polis melakukan pemeriksaan di rumah mangsa selepas teman wanitanya melaporkan kehilangan beliau.