MCA dan MIC intai gabungan baharu

Kecewa dengan kenyataan berbaur perkauman oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Nazri Aziz semasa kempen pilihan raya kecil (PRK) Semenyih lalu, MCA dan MIC mempertimbangkan untuk mencari gabungan baharu. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden MIC Tan Sri S. A Vigneswaran dalam satu kenyataan berkata, tindakan UMNO berdiam diri dengan kenyataan Nazri itu telah menghancurkan asas saling menghormati yang dipegang BN selama ini.