Tutup

MED sasar enam syarikat induk baharu pada VIPP

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) mensasarkan enam lagi syarikat anchor (Induk) baharu dilahirkan dari program Perkongsian Inovasi Vendor (VIPP) yang bermula pada Selasa hingga Rabu. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Dr. Mohd. Hatta Md Ramli berkata, ia sekali gus merangsang polisi pembangunan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) yang melibatkan sumbangan sehingga 50 peratus kepada perolehan kerajaan.