Mekanik maut kereta rempuh hentian bas

Seorang mekanik maut manakala rakannya parah apabila kereta jenis Proton Pesona yang dipandu terbabas lalu merempuh hentian bas. Kemalangan berlaku di kilometer 94, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan, di Kampung Tebing Tembah, Dungun, Terengganu kira kira jam 6.45 petang Selasa.