Menganjak usia 64 tahun, masih rancak memburu berita

Pernah ditumbuk gara-gara laporan "Anak Muda Berfoya di Fun Fair". Meringkuk di lokap Thailand kerana dituduh mengintip. Paling dahsyat, menerima kelongsong peluru susulan laporan "Seludup Beras Guna Kereta Api". Sungguhpun sudah dihambat usia, bekas wartawan jenayah, Abdul Karim Ahmad, 64 tahun, sehingga kini masih rancak memburu berita.