Menjaga laut daripada tercemar tanggungjawab antarabangsa

Dalam mengejar kekayaan dunia, soal alam sekitar tidak wajar diabaikan. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menarik perhatian pencemaran seperti tumpahan minyak dan pembuangan sampah sarap sememangnya menjadi isu yang serius ketika ini. Dalam hal ini, kata perdana menteri, tanggungjawab menjaga lautan bukan bergantung kepada negara di persisiran sahaja, sebaliknya menjadi tanggungjawab bersama. Beliau berucap di forum kedua Kerjasama Antarabangsa Jalur Dan Laluan (BRF) di Beijing, China sempena lawatan kerja beliau ke republik itu sejak semalam.