MTDC bekerjasama dengan LKM komersialkan hasil penyelidikan koko

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dilantik sebagai rakan kongsi strategik Lembaga Koko Malaysia (LKM), dalam usaha meningkatkan sumbangan industri koko. Kerjasama itu bakal menyaksikan mtdc memainkan peranan mengendalikan program pengkomersialan hasil penyelidikan LKM.