MTDC meterai MOU dengan UNIPEQ perkenal dua HTDF baharu

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) memetrai memorandum persefahaman (MOU) dengan UNIPEQ Sdn Bhd pada Selasa. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus, UNIPEQ yang dikelola Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan berkongsi maklumat, pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan dengan perniagaan halal dengan penerima dana pembangunan teknologi halal (HTDF) dari MTDC.