Tutup

Muhammad Adib Mohd Kassim sedang tenat - IJN

Tahap kesihatan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang dibelasah sehingga koma ketika cuba memadamkan kebakaran di Kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu semakin merosot, dalam tempoh 24 jam lalu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut Jantung Negara pada pagi Ahad, menunjukkan fungsi paru-paru Muhammad Adib yang menurun tahapnya.