Tutup

Najib percaya pengaruh Jho Low boleh bantu urusan pelaburan

Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Low Taek Jho atau Jho Low yang mempamerkan dirinya sebagai seorang yang sangat berpengaruh di negara Timur Tengah, menyebabkan pengurusan 1MDB percaya ahli perniagaan itu boleh membantu urusan pelaburan. Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau percaya pengaruh Jho Low memudahkan pelaburan dan perkongsian 1MDB dengan negara terbabit.