Najib yakin UMNO dapat bentuk pakatan kukuh dengan Pas

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin dapat membentuk pakatan yang kukuh antara Pas dan UMNO selepas beliau membuka jalan ke arah kerjasama berkenaan. Beliau menjelaskan kerjasama sewaktu tiga Pilihan Raya Kecil yang lalu menunjukkan Barisan Nasional mendapat lonjakkan majoriti dan kesan yang memihak kepada BN dan juga Pas.