Nilai tapak bazar dibida sehingga RM35,000

Harga bukaan RM6,000 tetapi bayaran sewa bagi satu tapak bazar boleh cecah sehingga RM35,000. Ini kos yang harus ditanggung peniaga-peniaga kecil-kecilan di Jitra Kedah yang tekad untuk berniaga sempena Ramadan yang mulia ini! Mungkin ramai yang bertanya adakah ini satu bentuk penindasan? Realitinya, harga tinggi ini bukan sebab orang tengah tetapi merupakan akibat daripada proses bidaan yang diperkenalkan Majlis Perbandaran Kubang Pasu, menyebabkan peniaga yang tidak mampu, hanya layak menggigit jari!