Operasi periksa harga makanan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP melakukan operasi di 12 kedai makan di sekitar Kota Bharu. Ia berikutan aduan mengenai caj makan yang tinggi sewaktu musim cuti Tahun Baru Cina baru baru ini. Dalam operasi itu empat kedai makan dikenakan kompaun.