Tutup

Optimis pengundi muda sumbang kemenangan BN

Ahli Majis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman optimis pengundi muda akan menyumbang kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar 18 Jun ini. Katanya, ia jelas dibuktikan menerusi pelbagai program yang dijalankan oleh jentera pilihan raya terdiri daripada Pemuda UMNO Pasir Salak, Pemuda UMNO Pulau Pinang dan juga Exco Pemuda yang menerima respon begitu baik daripada pengundi muda.