Video  |  Malaysia

Orang awam selamatkan mangsa culik

Cubaan dua lelaki menculik seorang wanita di Sungai Buloh petang semalam gagal selepas suspek dikejar sekumpulan orang awam. Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa berusia awal 20-an dilaporkan keluar dari rumahnya di Bandar Baru Sungai Buloh untuk mengalihkan kereta di hadapan rumah.