Orang muda mula berubah, surau dan masjid jadi lokasi 'lepak'

Perubahan dapat dilihat dalam diri anak muda sekarang terutamanya di bulan Ramadan apabila sering ke surau dan masjid, sekali gus mengimarahkan rumah ibadah. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim program dan aktiviti menarik yang diadakan juga memastikan surau dan masjid menjadi tumpuan pada bulan mulia.