Orang ramai dinasihat memakai pakaian hormat dan sopan

Istiadat pemakaman jenazah bonda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Enche' Besar Khalsom Abdullah, 83 tahun, akan disempurnakan esok di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah Johor Bahru, kira-kira 10.15 pagi. Jenazah akan ditempatkan dalam keranda khas diselimuti bendera kerabat diraja menaiki pedati dan diarak ke makam.