Osman Sapian serah surat letak jawatan kepada Sultan Johor

Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian pada sidang medianya pagi tadi berkata, beliau telah menyerahkan surat perletakkan jawatannya kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pukul 10.30 pagi tadi. Osman memaklumkan Sultan Ibrahim mengambil surat tersebut namun tidak melihat isi kandungannya.