Ozil, Beckham ajak Tunku Ismail tonton bola

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyaksikan perlawanan bola sepak bersama David Beckham dan Mesut Ozil di Stadium Emirates, awal pagi Khamis. Menurut laman facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail dijemput oleh Beckham dan Ozil untuk menyaksikan perlawanan 'North London Derby' antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates.