Pak Rawi keluar UMNO

Selepas enam bulan memerhati perkembangan politik negara, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid, bekas Exco Kedah mengumumkan keluar parti UMNO bersama tujuh ahli cawangan lain. Mohd Rawi mengakui ia keputusan yang sukar, namun keputusan itu perlu diambil setelah memikir secara mendalam demi kepentingan Melayu dan agama Islam.